Bekas jurulatih Pahang, Dollah Salleh telah mengikat kontrak selama setahun dengan pasukan Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dollah yang menjuarai Piala Malaysia bersama Pahang awal bulan ini mensasarkan Liga Super untuk skuad Polis itu.
Beliau juga akan dibantu oleh bekas pemain kebangsaan, Azman Adnan.

"Matlamat utama saya adalah untuk membawa PDRM ke Liga Super. Ia bukan tugas yang mudah kerana bola sepak banyak perkara yang tidak dijangka...jika anda ada keinginan dan komitmen pasti boleh," kata Dollah kepada Sports247.my.

Dollah juga mendedahkan bekas pemain pertahanan Perak, Rafael Souza dan Bobby Gonzales dari Sarawak adalah pemain-pemain baru PDRM.

Bahagian serangan pula dikuatkan oleh Charles Chad dari Brazil dan bintang dari Maldives, Ali Ashfaq.

"Ali Ashfaq terbukti penyerang yang hebat begitu juga Bobby. Saya percaya kami mempunyai pasukan yang kuat untuk memberi impak dalam Liga Malaysia musim depan." tambah Dollah.

Antara pemain lain yang telah menyertai Polis adalah Azizon Kadir dari Kuala Lumpur, Azi Shahril (Felda), Ahmad Ezrie (JDT) dan V.Thirumurugan (Perak).

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola