Dominic Tan memang layak ! Good luck..

Dominic Tan

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



“Dua perlawanan persahabatan beri kami peluang untuk perbaiki persembahan pasukan” – Dominic Tan

PEMAIN pertahanan kebangsaan, Dominic Tan gembira apabila namanya tersenarai dalam senarai akhir 23 pemain ke Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang diumumkan Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon pada Jumaat.

Dia juga turut gembira dengan barisan pemain yang dipilih kali ini kerana ianya adalah platform buat semua pemain untuk membuktikan kemampuan mewakili negara.

Pemain berusia 25 tahun itu turut merasakan bahawa dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja dan Maldives tempoh hari sangat baik untuk mereka mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada pada pasukan.

Picture
Dominic Tan

“Persaingan sangat hebat dalam pasukan dan saya gembira untuk berada dalam senarai akhir 23 pemain dan jika diberikan peluang oleh jurulatih, saya akan berikan yang terbaik dalam kejohanan ini.

“Kesemua pemain yang terpilih sangat bagus. Apa yang penting ialah kami kekal bersatu sebagai satu pasukan dan inilah peluang buat semua pemain untuk membuktikan kemampuan masing-masing untuk mewakili negara.


“Kami mempunyai titik kekuatan dan kelemahan tersendiri dan kami perlu perbaikinya mengikut arahan yang dikeluarkan oleh barisan kejurulatihan. Bagus untuk kami bermain dalam dua perlawanan persahabatan kerana kita dapat melihat perubahan yang berlaku dan apa yang penting kita menang kedua-dua perlawanan itu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan.

Tanpa kehadiran Dion Cools yang tidak dapat menyertai pasukan atas alasan peribadi, Dominic bakal membentuk benteng pertahanan bersama-sama Khuzaimi Piee, Sharul Nazeem, Azam Azmi Murad dan V. Ruventhiran.

SOURCE: FLASH Sukan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.