Sabah FA bangkit kutip tiga mata di Likas

Kickbola.net Sabah FA bangkit kutip tiga mata di Likas | Foto : Mika Joerie ,Mohd Yunus, SabaHawks DieHard FanClub
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Sabah kutip tiga mata di Likas

Sabah meneruskan permulaan baik dalam saingan Liga Perdana musim ini apabila menundukkan DRB Hicom 3-2 di Stadium Likas dengan perlawanan dibayangi insiden kad merah.

DRB Hicom terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tandukan Ivan Babic seawal minit ke 2.

Namun skuad kendalian Justin Ganai bingkas bangkit dengan jaringan penyamaan menerusi bekas pemain Liverpool El Hadji Diouf pada minit ke 18.

Kedudukan seri 1-1 tidak kekal lama apabila penyerang DRB Hicom Ahmad Fakrullah Rosli kembali meletakkan skuad kendalian Marshall Soper didepan pada minit ke 21.

Bermula babak kedua, skuad The Rhinos mempamerkan aksi mantap dan penyerang Alfonso Leopold nyaris menyamakan kedudukan menerusi beberapa percubaan.

Azizan Nordin menceriakan penyokong tuan rumah apabila berjaya meledak gol kedua Sabah sekaligus kembali menyamakan kedudukkan pada minit ke 70.

Sorakan penyokong di Stadium Likas mula bergema kuat apabila Shafuan Adli Shaari meledak gol ketiga pada minit ke 74.

Pemain DRB Hicom mula tertekan dan akibatnya Muhd Farid Saibun dilayangkan kad merah kerana mengasari Shafuan.

Keputusan lain:

Kuantan FA 2-2 Kedah

NS Matrix 2-0 UiTM FC

T-Team 0-0 Pulau Pinang

Kuala Lumpur 2-1 PKNS FC

SPA Putrajaya 1-5 JDT II

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.