Ancelotti letak jawatan jurulatih AC Milan

Carlo Ancelotti telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih AC Milan, yang makin jelas kelihatan beliau akan mengambil alih kelab Liga Perdana, Chelsea.


Ancelotti letak jawatan jurulatih AC Milan

Ancelotti mengumumkan keputusannya itu selepas pasukannya membenam Fiorentina 2-0 awal pagi ini pada perlawanan terakhir musim ini untuk berada di kedudukan kedua dalam Serie A dan membolehkan kelab itu bersaing di Liga Juara-juara musim depan.

Ancelotti dikatakan akan mengambil alih Chelsea musim depan, selepas Guus Hiddink meninggalkan kelab tersebut selepas menjuarai Piala FA, semalam.

Ancelotti telah menyertai Milan sejak 2001 dan membawa dua kali juara Liga Juara-juara dan kejuaraan Serie A.

Sementara itu tempat Ancelotti di Milan akan diambil alih oleh Leonardo dari Brazil.

AC Milan tempah tiket liga juara

Torino menjadi pasukan ketiga dan terakhir untuk tersingkir dari Serie A Itali selepas tewas kepada AS Roma 3-2, malam tadi manakala AC Milan mengesahkan tiket terus ke kancah Liga Juara-Juara Eropah, musim depan.

Torino memerlukan kemenangan sambil mengharapkan Bologna mencicirkan mata untuk mengelak menyertai Reggina dan Lecce ke Serie B, musim depan tetapi Bologna menewaskan Catania 3-1 untuk menghuni tempat ke-17 dengan 37 mata manakala Torino mendapat 34.

Bari, Parma dan pemenang play-off akan menjadi anggota baru Serie A, musim depan.

Milan menang 2-0 di Fiorentina untuk mendapat tempat kedua dan tiket terakhir ke Liga Juara-juara manakaal Inter Milan yang dimahkotakan selaku juara dua minggu lalu menewaskan Atalanta 4-3 dengan dua jaringan daripada Zlatan Ibrahimovic untuk menjadikan dirinya penjaring terbanyak dengan 25 gol, musim ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.