Man United dibenam Swansea di Piala FA

Swansea mencatatkan kemenangan pertama dalam sejarah mereka di Old Trafford apabila menewaskan Manchester United 2-1 dalam Piala FA.


David Moyes mengalami satu lagi kekalahan besar dalam kempen pertama menggendalikan Manchester United apabila jaringan gol Wilfried Bony pada saat terakhir mengejutkan pasukannya dan menyingkirkan mereka dari kejohanan itu di pusingan ketiga - kali kedua pasukan Red Devils tewas dalam 30 tahun.

Wayne Routledge membuka tirai sebelum Javier Hernandez menyamakan kedudukan tetapi United gagal menangani ancaman dari Swansea.

Fabio dibuang padang empat minit selepas disertakan dalam babak kedua akibat asakan merbahaya atas Jose Canas dan Bony mengambil kesempatan dari kelebihan pemain untuk menanduk masuk hantaran tepat Routledge.
Manchester United vs Swansea City 1-2 All Goals by Oleeh-1

Bekas pengurus United Sir Alex Ferguson hadir di kotak VIP dan terpaksa menyaksikan satu lagi kekalahan di padang sendiri.

United mempunyai peluang untuk bangkit dari kekalahan kurang 48 jam selepas kekalahan mereka apabila bertemu Sunderland dalam perlawanan separuh akhir Piala Capital One nanti.

Gol pembukaan Swansea tiba pada minit ke 12 hasil hantaran tepat Alejandro Pozuelo kepada Routledge dan penyerang Swansea itu memberi tendangan cip lepas penjaga gol Anders Lindegaard.

Hernandez menyamakan kedudukan hanya tiga minit kemudian dari hantaran Alexandar Buttner tetapi keputusan kekal hingga masa rehat.

Swansea mula babak kedua dengan baik dan Bony merupakan pemain paling menyerlah, rembatan beliau menguji Lindergaard beberapa kali dan benteng pertahanan United terkial-kial apabila beliau serta dalam gerakan serangan Swansea.

Moyes cuba mengubah nasib dengan menyertakan Adnan Januzaj tetapi kecederaan kepada Rio Ferdinand memaksa beliau untuk menggantikannya dengan Fabio. Asakan merbahaya pemain pertahanan United itu atas Canas tiga minit kemudian menyebabkannya dibuang padang dan Swansea terus mengambil kesempatan dengan menguasai kawalan bola.

Bony muncul dalam detik terakhir perlawanan untuk menanduk masuk gol kemenangan pasukannya.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.