Majlis pengenalan pemain & pelancaran jersi pasukan bola sepak Sabah musim 2014

Kerajaan negeri akan mencari dana dan tajaan bagi skuad bola sepak Sabah musim ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.


"Sejak beberapa tahun lepas kita tidak mencapai tahap yang begitu baik dalam permainan dan rakyat sudah dahagakan permainan yang bermutu.


Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berharap pemain memberi perhatian serius terhadap aspek kecergasan dan disiplin.

Skuad Sabah yang turut digelar Skuad Badak akan mula bermain dalam Liga Perdana pada 24 Jan ini dengan dilatih bekas pemain importnya dari Bosnia iaitu Milomir Seslija yang membantu Sabah menjulang Piala FA pada 1995.

Ketua Menteri Sabah DSP Musa Hj Aman menerima jersi Sabah drpd saudara Ben Wong, bos Ararat (sponsor team Sabah)

Selain bintang tempatan seperti Rozaimi Abd Rahman, Sabah turut diwakili tiga pemain import iaitu Mitrovic Srecko, 30, dari Serbia; Pocuca Predrag, 28, dari Croatia dan Marwan Sayedeh, 29, dari Syria.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.