
Derby Borneo: Jafri Firdaus Chew jamin Sabah tiga mata penuh

Pemain gantian, Muhammad Jafri Firdaus Chew muncul wira apabila meledak gol kemenangan Sabah ketika menewaskan Kuching City FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.
Anak-anak buah Aidil Shahrin Sahak sebaliknya hampir membuat kejutan pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila tandukkan Jordan Mintah sipi melepasi tiang gol Sang Badak.
Tuan rumah menguasai permainan dalam babak kedua, namun tiada sebarang percubaan berbahaya yang berjaya dihasilkan hinggalah detik serangan balas Kuching City pada minit ke-64 yang menyaksikan gawang kawalan Khairul Fahmi Che Mat dibolosi oleh Pedro Hendrique buat kali pertama.
Sabah mendapat talian hayat pada minit ke-74 berikutan tindakan Jordan Mintah yang memijak kaki Kwang Min-ko di dalam kotak penalti.
Dan Darren mudah menyempurnakan sepakan itu untuk meletakkan kedudukan 1-1.
VAR sekali lagi memainkan peranan untuk menafikan jaringan Tchetche Kipre pada minit ke-80 akibat ofsaid.

kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan termasuk tambahan masa selama sembilan minit.
Penyerang berasal dari Pulau Pinang itu berjaya menyudahkan sepakan dengan baik selepas menerima hantaran Saddil Ramdani dalam situasi kucar kacir di hadapan gawang Kuching City.
Perlawanan seterusnya bagi Sabah FC akan menerima kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim pada 13 Julai ini di Stadium Likas.
SOURCE: stadiumastro.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola