![Photo: N/A, License: N/A Jeremy Renner](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhryXUSGwFBYCZve3KW1OiSs62ahuHu4tlEwOfhhbtCsQ4uOm7XF_U0bmw0k-jN1xeXYZfdFJXhrORc8Xze-oWjPHqu2mr5fE9OrroUbSJh4NgAS8qABX1TtmhLyTnmGzFYRLsfgQdRxeg/s16000/537523_10200302114575318_1740522042_n.jpg)
Saya memang terkejut apabila dipanggil semula.
Selepas tujuh tahun disisihkan, pemain pertahanan Ronny Harun kembali mendapat kepercayaan apabila dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan di bawah kendalian jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee.
B
agi pemain kelahiran Sipitang, Sabah itu, dia tidak menyangka kudratnya masih diperlukan walaupun kini sudah berusia 30 tahun selepas kali terakhir bersama skuad kebangsaan untuk Piala Asia 2007.
“Saya memang terkejut apabila dipanggil semula.
Mungkin ini rezeki saya kerana ada pemain yang cedera, jadi saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan sumbangan kepada skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui wartawan selepas tamat sesi latihan pertama skuad kebangsaan semalam.
Kehadiran Ronny, 30, kali ini dilihat dapat mengisi kekosongan ditinggalkan Amirizdwan Taj Tajudin yang mengalami kecederaan di bahagian pertahanan tengah.
Aksi konsisten pemain Sarawak itu dalam saingan Liga Super musim ini ternyata memikat Kim Swee untuk disenaraikan dalam 23 pemain skuad kebangsaan sebagai persediaan untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina di Cebu, Ahad ini.
Namun keadaan itu masih belum menjamin tempat dalam kesebelasan utama buat Ronny kerana Kim Swee turut mempunyai pilihan pemain lain iaitu Mohd Fadhli Shas, Mohd Asraruddin Putra dan Mohd Razman Roslan untuk digandingkan bersama kapten Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.
“Saya berharap kemasukan saya dapat membantu pemain lain.
Kalau diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama, saya pasti bersedia kerana memang sudah lama mahu bermain di peringkat antarabangsa,” katanya yang pernah bergandingan dengan Aidil di Sukan Asia Doha 2007.
![]() |
PANAS BADAN: Ronny Harun mengetuai pemain-pemain lain memanaskan badan pada sesi latihan di Stadium Negeri Kuching. |
Mungkin ini rezeki saya kerana ada pemain yang cedera, jadi saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan sumbangan kepada skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui wartawan selepas tamat sesi latihan pertama skuad kebangsaan semalam.
Aksi konsisten pemain Sarawak itu dalam saingan Liga Super musim ini ternyata memikat Kim Swee untuk disenaraikan dalam 23 pemain skuad kebangsaan sebagai persediaan untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina di Cebu, Ahad ini.
Namun keadaan itu masih belum menjamin tempat dalam kesebelasan utama buat Ronny kerana Kim Swee turut mempunyai pilihan pemain lain iaitu Mohd Fadhli Shas, Mohd Asraruddin Putra dan Mohd Razman Roslan untuk digandingkan bersama kapten Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.
LIGA SUPER...Pemain T-Team, Evaldo Rodrigues (kanan) benung berebut bola dengan pemain Sarawak, Ronny Harun