Anfield Bakal berwajah baru. Stadium Dijangka siap 2016.

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
LIVERPOOL: Kelab Liverpool semalam mendedahkan lakaran bahagian tempat duduk utama baharu di Stadium Anfield yang kini dalam proses naik taraf.
( 📸 ©bharian.com.my)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Tempat duduk baharu Stadium Anfield

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
TEMPAT duduk utama baharu di Stadium Anfield yang kini dalam proses naik taraf.
( 📸 ©bharian.com.my)
Anfield akan diubahsuai dengan beberapa ciri keselamatan dan kapasiti ditambah. Dijangka kapasiti penonton yang boleh dipenuhi Anfield akan bertambah sebanyak 4,800 tempat duduk dengan jumlah keseluruhan mencecah 53,500 penonton.

Projek ini dijangka akan menelan belanja sebanyak lebih £100 juta dan projek dijangka bermula pada awal tahun 2015 dan dijangka siap pada musim panas 2016.

Mengikut imej berkenaan, apabila siap kelak, penyokong The Reds boleh mengharapkan perkhidmatan hospitaliti jualan makanan dan bar sukan pada hari perlawanan.

Tempat duduk utama baharu dijangka siap pada saingan musim 2016/17 dengan kapasiti penonton keseluruhan seramai 20,500.

Info itu dapat dilihat menerusi risalah 'The Anfield Dugout' yang diedarkan bagi menyambut penyokong The Reds.

Pakej yang ditawarkan adalah pada harga STG2,900 (RM18552.74) dengan pembeli berhak mendapatkan tiket setiap perlawanan kompetitif di Anfield selain minuman pada rehat separuh masa dan pelbagai makanan.

Kelebihan keahlian lain juga akan dinikmati penyokong untuk bertemu legenda kelab itu dalam setiap perlawanan.

"Dalam kurang setahun kita akan menyambut penyokong ke tempat duduk utama yang direka khas untuk mengekalkan suasana tiada tandingan di Anfield.

"Dengan tambahan 8,500 tambahan tempat duduk, ia akan jadi salah satu yang terbesar di Eropah. Ia boleh dilihat di beberapa lokasi di bandar, sekali gus akan menambah satu lagi mercu tanda yang mengkagumkan.

"Kami mewujudkan satu tempat yang akan jadi sebahagian daripada budaya di Anfield dengan penuh sejarah, semangat dan karakter." - Agensi

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.